Ingatkan Diculik, Rupanya Pengasuh Buang Nur Aisyah Aleya Dalam Hutan. Hilang 2 Minggu Yang Jumpa Cuma Rangka

Mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang hilang ketika dalam jagaan pengasuh hujung bulan lalu telah ditemui di sebuah kawasan hutan di Langkawi hari ini dan dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Suprintenden Mohd Iqbal Ibrahim hari ini mengesahkan telah menjumpai rangka mayat kanak kanak terbabit di kawasan hutan Gunung Raya.

Penemuan itu terbongkar selepas soal siasat dilakukan terhadap kedua-dua suspek yang menjaga kanak kanak terbabit sebaik sahaja ditahan di Ampang pada Selasa selepas dipercayai melarikan diri dari Pulau Langkawi.

Mayat Nur Aisyah Aleya ditemui pada 11.30 pagi oleh sepasukan polis selepas dibawa ke kawasan itu.

 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Suprintenden Mohd Iqbal Ibrahim hari ini mengesahkan telah menjumpai rangka mayat kanak kanak terbabit di kawasan hutan Gunung Raya. - Foto Astro AWANI

Ketua Polis Daerah Langkawi, Suprintenden Mohd Iqbal Ibrahim hari ini mengesahkan telah menjumpai rangka mayat kanak kanak terbabit di kawasan hutan Gunung Raya. – Foto Astro AWANI

Berdasarkan maklumat yang diterima, suspek menyatakan bahawa kanak kanak terbabit mengalami sawan ketika dimandikan dan tidak sedarkan diri.

Salah seorang suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dan meninggalkan kanak kanak terbabit di satu kawasan hutan.

Jelasnya lagi, kedua-dua suspek juga telah dibawa ke Langkawi dari Ibu Pejabat Polis Ampang untuk siasatan lanjut.

 

kredit : http://www.astroawani.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*