Kita Akan Ke Anugerah PUSKAS Sekali Lagi. Kali Ini Menerusi Gol Syahmi Safari.

Jika sebelum ini kita pernah tersenarai dan memenangi Anugerah PUSKAS FIFA 2016 menerusi gol cantik Mohd Faiz Subri, kali ini sekali lagi kita akan mencalonkan gol cantik daripada pemain skuad negara.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mencapai persetujuan untuk mencadangkan gol pemain muda kebangsaan, Muhammad Syahmi Safari ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 pada 5 Disember 2018 dicalonkan ke Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2019.

 

sekali lagi kita akan ke anugerah puskas, kali ni menerusi gol syahmi safari

Gol cantik tersebut terhasil menerusi tujuh hantaran melibatkan tujuh pemain bermula daripada penjaga gol, Farizal Marlias, sebelum disudahkan dengan sepakan kaki kanan menarik oleh Syahmi.

FAM dan seluruh rakyat Malaysia berharap ia akan berjaya tersenarai sebagai salah satu daripada 10 calon untuk Anugerah Puskas FIFA 2019.

Sumber: FAM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*